PWP | Professional Wedding Photography | KL – JB

Posted on 28 June 2011 by

15



PROFESSIONAL WEDDING PHOTOGRAPHY (Sebelum ini dikenali sebagai Wedding Photography Workshop)


AMARAN :KURSUS INI ADALAH SIGNATURE UNTUK SNAP DAN KELEBIHAN DAN KEPAKARAN SAIFUL NANG SEBAGAI JURULATIH UTAMA. BAGI 4 KURSUS YANG LALU, IA MEMENUHI KUOTA KURANG 10 HARI SELEPAS IA DILANCARKAN. SERTAI SEKARANG KERANA KAMI HANYA ADA 20 TEMPAT SAHAJA DAN KAMI TIDAK PERNAH MENJALANI WORKSHOP INI DENGAN 21 ORANG ATAU LEBIH BAGI MENJAMIN KUALITI.

Nota dari pereka kursus :

Lebih dari 30,000 jurugambar perkahwinan di Malaysia tetapi tidak habis jari tangan anda membilang mereka yang benar-benar dipandang hingga ke peringkat antarabangsa. Jika anda masih belum lagi di peringkat itu dan mahu menjadi sebegitu atau sekurang-kurangnya menjadi seorang jurugambar paling dicari di Malaysia, ikutilah kursus ini yang saya lurutkan mengikut pengalaman perjalanan saya (Saiful Nang) sendiri menempa tempat di persada antarabangsa hanya seawal 3 bulan selepas pertama kali menjalani kerja-kerja fotografi secara profesional.

Asas dan rahsianya telah disusun satu persatu dan direka kursus ini dengan melebihkan simulasi. Dalam program simulasi ini jugalah, pemerhatian kami lakukan terhadap pelatih dan terus memperbetulkan yang mana yang perlu dan mendapat kesan pelajaran secara masa-sebenar (Real time).

Modul ini saya reka bagi mereka yang bercita-cita tinggi dalam bidang ini melalui pengalaman peribadi saya dan yang pastinya, ia tidak sama dengan sesiapa dan tidak terdapat di mana-mana buku.

JURULATIH UTAMA : Saiful Nang, MPA(UK) & Khairul Hazwan
Jurulatih :
Munirah Muzamer, BA Photography (UiTM)

Tempat

JOHOR BAHRU | 20-21 Sep 2011 | Suria Resort Hotel, JB
KUALA LUMPUR | 11-12 Okt 2011 | SNAP Headquarter (class)
PULAU PINANG25-26 Okt 2011 | Grand Continental Hotel (TUTUP)

Objektif : Memberi pendedahan secara professional tentang cara-cara pengendalian teknikal fotografi dan artistik dalam sebuah majlis perkahwinan pelbagai keadaan. Menerusi lebih dari 8 sesi simulasi saat-saat kritikal semasa pengambaran, kami memberi pendedahan kepada peserta bagi mendapatkan shot terbaik tanpa mengganggu perjalanan majlis.

Jangkamasa : 2 hari

Kelayakan Minima : (PENTING) Asas kawalan Kamera (Basic Photography) – kami tidak menjamin impak maksima program ini sekiranya anda masih lagi gagal dalam kawalan asas kamera seperti kawalan shutter, aperture dan ISO kerana modul ini tidak menyajikan pengajaran teknikal asas ini.

Subjek (Senarai subjek ini tidak diajarkan secara modular sebaliknya diajarkan semasa program simulasi secara tidak langsung) :

  1. Introduction to Creative Portrait
  2. Art of Capturing Moment
  3. Anticipation
  4. Sense of Prediction
  5. Camera Handling
  6. PR
  7. Managing Package & Professional Charges
  8. Best Technical Setting for Various Wedding Condition (Ballroom, Kampung, wooden house, night, noon, indoor, outdoor, night outdoor, garden, beach etc)
  9. Funky Group Photography (how to spark it out)
  10. Post-wedding Portrait Essential Skill
  11. Speedlight Techniques for Various Condition
  12. Neat & Tidy
  13. Ideation / Previsualization
  14. Photography Ethic
  15. Guide / Tips on promotion
  16. Practical Session
  17. Critics  Session, dll

Saiz kelas : 20 pelatih maksima

Yuran : (Deposit RM 250 akan mengesahkan tempat anda, tiada tempahan verbal diterima)

RM 850 (Early Bird – Yang membuat deposit tempahan sebelum 15 Ogos 2011)
RM 990 (Normal Price – Yang membuat deposit selepas 15 Ogos 2011)
RM 700 (Untuk PESERTA ZTP | JELAJAH MALAYSIA SAHAJA)

BAKI PEMBAYARAN PERLU DIBUAT SEBELUM 15 September 2011 (Dan tiada deposit akan dikembalikan sekiranya berlaku pembatalan). Peserta yang gagal membuat pembayaran penuh sebelum 15 September 2011 akan dikecualikan dari menyertai kursus ini dan tempat yang dikosongkan akan diberikan kepada peserta dari senarai menunggu (WALAUBAGAIMANAPUN sekiranya anda mahu membayar 2 kali sebelum kursus, sila hantarkan ajuan anda ke munirah@candidsyndrome.com – Kami akan pertimbangkan pembayaran 2 kali).

Cenderahati :

  1. T-Shirt
  2. Makan pagi, tghari dan petang
  3. Sijil penyertaan

Pendekatan : Coaching, Simulasi, Action-learning

TEMPAHAN SECARA ONLINE (SILA ISIKAN BORANG PENDAFTARAN ONLINE KAMI DI BAWAH INI (KLIK BANNER) DENGAN LENGKAP DAN PEGAWAI KAMI AKAN MENGHUBUNGI ANDA SELEWAT-LEWATNYA PADA HARI BEKERJA SETERUSNYA). JIKA TIDAK, SILA TELEFON 0380766878 DAN BERCAKAP DENGAN CIK MUNIRAH


Advertisements
Posted in: Uncategorized