> PS : Bengkel Adobe Photoshop (Dahulu dikenali sebagai Post-Imaging Processes)

Posted on 4 January 2011 by

3



Peserta didedahkan dengan pelbagai teknik asas dan diperkenalkan dengan had-had olahan gambar agar gambar kelihatan lebih tulen dan tidak menjadi terlampau diolah


Nota dari pereka modul :

Sebagai seorang jurugambar professional, saya (Saiful Nang) merasakan sentimen yang mahu memisahkan proses pasca fotografi dengan fotografi adalah tidak relevan sama sekali. Dengan sedikit asas dalam proses pemprosesan filem dalam bilik gelap (Darkroom), saya mendapati banyak asas pembangunan foto perlu disandarkan pada satu asas yang trandisional (filem) supaya proses olahan digital ini tidak menjadi terlalu sumbang dek kerana olahan dan cubaan tanpa batasan dalam perisian olahan foto (contoh : Photoshop, Lightroom, Aperture dll).

Adalah PENTING bagi seorang jurugambar mengetahui proses ini dan atas sebab itu jugalah, saya mereka kursus ini untuk diletakkan bersebelahan selepas CBP (Asas Fotografi Padat) dan AOS (Art of Seeing) dalam jaringan kursus yang ditawarkan di SNAP.

Jurulatih : Saiful Nang
Tempat : SNAP Gallery, Puchong
Tarikh : Salah satu module ZTP 4 | Format Baru (23-25 Julai 2011)
Cenderahati : T-Shirt , Makan tengahari, Minum pagi dan petang, Sijil penyertaan
Komposisi modul: Teori + Praktikal berjalan serentak

MITOS DIGITAL FOTOGRAFI :

Jika anda pernah dengar sesiapa jurugambar yang mungkin anda gelar “Otai” berkata “Gambar saya direct dari camera tanpa edit” bermakna mereka ini bukan datang dari aliran fotografi tradisional. 95% gambar cantik itu datang dari camera, 5% lagi semasa proses olahan (menaik warna dan seri pada gambar). Tetapi dengan 5% itu jugalah, terletaknya stail (signature) anda.


SUBJEK :

  1. Pengenalan perisian (Untuk kursus ini, kami menggunakan Adobe Photoshop C2 dan ke atas)
  2. Histogram
  3. Multilayer Editing
  4. Blending Mode
  5. Level
  6. Color Balance
  7. Curve
  8. Highpass Filter
  9. Sharpening
  10. Masking
  11. Dll

Jumlah peserta : Maksima 20 orang SAHAJA

Proses pembelajaran : Workshop ini bukan workshop untuk anda belajar memanipulasikan gambar tetapi mengolah gambar yang sedia ada sudah baik untuk digilap menjadi lebih baik. Proses olahan tidak mencantikkan gambar yang sudah diambil cacat. Pembelajaran melalu cara tutorial ini telah terbukti dalam angkatan-angkatan sebelum-sebelum ini berkesan dan memberikan nafas baru pada gambar-gambar yang dihasilkan oleh peserta kursus.

*Sila bawa laptop sendiri beserta dengan Adobe Photoshop CS dan ke atas

Advertisements
Posted in: Uncategorized