> CBP – Asas Fotografi Padat

Posted on 4 January 2011 by

8



Gambar hasil bidikan salah seorang jurugambar pelatih SNAP selepas menjalani CBP.

Nota dari Pereka kursus:

Bengkel ini direka khusus untuk jurugambar yang baru mahu bermula dan juga yang sudah lama bermain kamera tetapi masih tidak menguasai lagi asas sebenar penggunaan kamera dalam fotografi. Bengkel ini direka dari seorang yang tiada asas teknikal kamera dan mempelajari asas-asas fotografi ini secara asas dan kemudian dibolehkembangkan sendiri oleh peserta. Seperti belajar mengenal huruf dan kemudian membaca. Setelah tahu membaca, apa jenis bacaan pun boleh dibaca. Pereka kursus ini, Saiful Nang, MPA(UK) mempunyai falsafah bagi menjadikan fotografi lebih rapat kepada penggemarnya sehingga ke golongan-golongan warga emas dan juga kaum ibu. Jika anda sukakan fotografi sebagai minat anda dan anda baru mahu memulakannya, anda patut hadir bengkel ini. Anda hanya perlu tahu apa yang anda perlu tahu dan bukannya belajar asas fotografi sehingga ke anatomi kamera yang sebenarnya anda boleh perolehi melalui buku manual kamera. Pujangga berkata “Practice makes perfect” tetapi pada kami hanya right practice makes perfect. Lebih mengejutkan, ada peserta kami yang sudah berkamera lebih 15 tahun tetapi ragu mengapa gambarnya tidak sebaik yang beliau mahukan. Rupanya, ABC dalam fotografi (asas) nya masih belum dikuasai dengan betul.
Milestone!!

Workshop CBP / Asas FOtografi Padat ini merupakan workshop terlaris sehingga pada angkatan yang lepas, penganjur terkpaksa mengadakan 2 sessi CBP bagi memenuhi permintaan pelatih. Workshop ini menjadi terkenal dengan rata-rata yang menyertai berpendapat ia menjadi terlalu mudah apabila konsep pengajaran mempunyai adunan yang seimbang antara teori dan praktis.

Jurulatih : Khairul Hazwan  / Senior Photographer CS
Tempat : SNAP Gallery, Puchong
Tarikh : Salah satu module ZTP 4 | Format Baru (23-25 Julai 2011)
Objektif : Ketahui asas penggunaan kamera dan fotografi secara teknikal.


Subjek :

1. Asas Fotografi
2. Aperture
3. Shutter
4. ISO / ASA
5. DOF / Bokeh
6. Focal Length
7. Histogram
8. Exposure Compensation
9. White Balance
10. Lain-lain (jika anda bertanya)

Saiz kelas : 20 pelatih MAKSIMA per kelas

Komposisi kursus : 50% Teori, 50% Praktikal

 

Advertisements
Posted in: Uncategorized